2010
02.02















Salam Sejahtera…
Amir… atau name glamor kat Dream Machine (DM) aka Penyu
Dia tak lembut, tapi tenang orang nyer…
Kite orang kat bengkel ni kire rapat macam adik beradik… oleh sebab rapat. Masing2 ader name gelaran masing2 dari Dubuk, Kambing, Beruk, Keldai, Biawak, Katak, Singa, Tikus, Lipas, Cicak, Arnab, Jamban, Kicap… erm… banyak lagi la…he3… Kire2 kalu disebut 1 Zoo Negara pon tak habis
Yang best nyer, ada yang diantara dorang nie sampai sekarang aku tak tahu name sebenar dorang. Kire mane2 kalu terjumper pon main sebok name glamor dorang…
Aper2 pon, sonok bekerja dengan Syai & Amir. Dorang mang giler gambar. Pantang aku suruh poss… ader jer yang dorang nak buat. Suasana majlis pon best. Kire rezki jugak, akulah photographer pertama yang dapat shoot majlis perkahwinan di The First Galleria, Taiping, Perak nie. Syai & Amir pon juga merupakan pasangan pengantin pertama yang mengadakan majlis di dewan nie. Bangunan nie telah dibina di zaman Inggeris lagi, dalam tahun 1891 sebelum dibaik pulih oleh pihak kerajaan Perak sekarang. Alhamdulillah, banyak gak idea aku datang sepontan masa tu. Dah aku layan dorang, naik ke senja pon tak sedar.
Syai… Amir… Selamat Pengantin Baru. Semoga Berbahgia Selamanya…
Therima Kasih.
Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.com/blog
2010
02.01














Salam Sejahtera…
31st January…? Bagi semua orang mesti ada tarikh2 keramat bagi setiap diri mereka masing2. Bagi aku dan isteri, tarikh inilah yang sungguh bermakna dalam hidup kami berdua. Tepat 7:24pagi setahun yang lalu, Cochi dilahirkan. Pada hari lahir tu, tergamam aku melihat CoChi. Macam mimpi. Sedih aku ketika nak Azan kan dia. Syukur dia selamat dilahirkan melalui proses bedah. Isteri aku pon selamat dan sihat. Pejam celik… setahun usia anak aku. Kadang2 bila dimenungkan, macam tak percaya pon ader yang aku nie dah bergelar ayah. Jiwa jer muda, tapi hakikatnya dah pun tua. Tapi takdala tua sangat… he3…
Bila kita dah bergelar orang tua nie, barula kita perasan perasaan ibubapa kita yang melahir, mendidik dan menjaga kite dulu. Usshhh… bukan senang nak menjaga anak nie. Tak semudah menjaga anak kucing ataupon emster yang boleh dibagi makan dan dibiarkan begitu sahaja. Pernah dulu ader seorang kakak bertanya aku… ” Rol.. ko dah sedia ke nak kahwin… nak menimang anak?…” Ingat lagi masa tu. Aku hanya tersenyum saja. Dalam kelapa aku…”Boleh ke…?” Inilah realiti kehidupan. Hidup mesti terus. Kalau difikirkan mampu atau tidak… sampai bila pon tak kahwin. Tu yang ader diantara kita zaman sekarang lebih suka membujang… hidup seorang pon selesa, mungkin juga sebab kecewa… tapi sampai bila…?
Betul aper yang telah dijanji oleh Nya… ” Setiap anak adam itu ada rezkinya masing2…” Dulu pon pernah juga aku terfikir. Betul ke kalau kahwin tu rezki yang akan bertambah…? Bila ada anak pula, boleh ke aku nak bagi dia makan…belanja dan sebagainya? sedangkan pada masa tu aku nak simpan duit belanja hantaran pon terasa beban sangat. Rezki tu semua ada padaNya. Cuma Dia sahaja yang akan mengubahkannya… dan kita pula jangan sesekali lupa untuk meminta padaNya. Erm… salunya aku pon lupe… jadi kite selalu-selalulah ingat padaNya.
Oklah… pada kesempatan nie aku nak wish Selamat Hari Lahir kepada anak aku ni, Semoga Diberikan Kesihatan, Kepandai & Keimanan selamanya untuk anak aku nie… Amin…
Therima Kasih.
Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.com/blog
2010
01.23

“Ustaz…!!! Jangan pandang aku… pandang kat Sue…” Sue pulak tersenyum malu…
Therima Kasih.
Onizuka69
Photographer. 012 655 1288
onizuka69@gmail.com | onizuka69.com/blog